Artikel

Mengurus kewangan secara berkesan memerlukan pemahaman yang jelas tentang reputasi kredit anda. Di Malaysia, institusi kewangan bergantung kepada laporan kredit untuk menilai tahap risiko dan kelayakan seseorang pemohon. 

Tungggakan kad kredit yang berlarutan melebihi 2–3 bulan akan terus menjejaskan paparan laporan CCRIS dan CTOS anda. Apabila anda menggunakan Pembiayaan Peribadi untuk melunaskan seluruh tunggakan kad kredit secara sekaligus:

  • Akaun kad kredit anda kembali bersih.
  • Rekod bayaran CCRIS anda mempamerkan angka ‘0’ (tiada tunggakan)
  • Skor kredit anda akan pulih secara berperingkat dalam tempoh 6–12 bulan.

“Overlap” ialah proses mengambil kemudahan pembiayaan peribadi baru pada kadar yang lebih renda untuk melunaskan pinjaman sedia ada atau menggabungkan beberapa komitmen hutang mahal menjadi satu ansuran tunggal.

Jika anda dibebani tunggakan kad kredit, BNPL, atau rekod CCRIS/CTOS yang terjejas, penyatuan hutang menerusi pembiayaan peribadi bersistematik menawarkan jalan keluar yang berkesan.

Elakkan tunggakan BNPL daripada menjadi rekod CCRIS buruk.

Mempunyai pelbagai akaun BNPL (Atome, SPayLater, Grab PayLater) meningkatkan risiko terlepas bayar & tunggakan rekod kredit.

Satukan semua baki hutang melalui Pembiayaan Peribadi (PF). Ansuran dipotong terus dari gaji bulanan — automatik, selamat, dan bebas daripada risiko tunggakan.

Perbaiki DSR Sebelum Memohon Pembiayaan Besar.

Komitmen BNPL, walaupun tanpa faedah, kini diambil kira dalam penilaian kelayakan / Debt Service Ratio (DSR).

Selesaikan baki BNPL anda lebih awal menggunakan Pembiayaan Peribadi (PF) untuk memastikan rekod kredit bersih sebelum memohon pembiayaan perumahan atau kereta.

Situasi: Ahli keluarga sakit atau rumah rosak teruk akibat banjir/kebakaran, tiada perlindungan insurans / tidak mencukupi.

Penyelesaian: Mohon Pembiayaan Peribadi-i (PF). Kelulusan PF pantas — tunai segera tanpa perlu meminjam daripada ah long.

Situasi: Peniaga kecil perlukan modal pusingan tapi tidak layak pinjaman perniagaan korporat.

Penyelesaian: PF jadi modal alternatif — pulangan perniagaan mesti lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman.